Showing posts with label Resepi Memasak. Show all posts
Showing posts with label Resepi Memasak. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

spaghetti carbonara



Bahan-bahan ( 6-8 orang )

2 peket spaghetti
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (mayang)
1/2 cawan daging cincang
4 biji telur
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
3 sudu besar minyak utk menumis
keju parmesan parut

Cara-cara

rebus spaghetti dalam air garam dan butter.
dalam bekas yang besar, pukul telur besama lada sulah dan garam. ketepikan.
panaskan minyak dan masukkan bawang putih, merah dan daging. masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
bila spaghetti dah masak, toskan dan terus masuk ke dalama bekas telur pukul tadi. gaul rata biar telur masak oleh panas spaghetti.
kemudian masukkan spaghetti campur telur tadi ke dalam daging. goreng pulak atas api bagi sebati dan telur betul betul masak.
gaul dgn keju parut sebelum dihidangkan.

scramble egg sandwich



Bahan-bahan
6 keping roti
1 butir telur
1 sudu kecil mayonis
Garam / serbuk lada hitam
Timun/ tomato ( dihiris )
Mentega untuk disapu pd roti

Cara-cara

Hancurkan telur. Perasakan dengan garam atau serbuk lada hitam.
Campurkan dengan mayonis dan kacau rata.
Sapukan roti dengan mentega dan ratakan adunan telur di atas roti.
Aturkan hirisan timun atau tomato. Lapik dengan sekeping roti lagi.
Potong mengikut bentuk yang disukai.

Sandwich


Cara- cara :

1. Roti bun atau gardiner
2. tomato dihiris
3. Salad
4. ayam/ daging ( bentuk sekeping)
5. mayonis
6. bawang dihiris
7. cheese ( sekeping)
8. sos cili

Selamat mencuba!

Laksa Utara



1 kg ikan sadin /kembong
3 biji bwg besar
2 ibu jari belacan
1-2 senduk kecil cili kisar-agak2 la sampai kuah jd kemerahan..
3 tangkai bunga kantan
1 ikat daun kesum
5-6 keping asam keping (aku suka masam!)
1 bungkus laksa (aku suka jenama eka)- rendam dan rebus hingga lembut

cara:

rebus ikan dan asingkan isi dari tulangnya (air rebusan tapis dan simpan dlm periuk)
kisar isi ikan dan masukkan dlm periuk air rebusan yg sudah di tapis td
ambik tulang ikan td, kisar gak sampai halus
tapis dan ambik airnya

ambik 1 tangkai bunga kantan
buang bhgn luar...ambik yg tgh je...yg lembut tu (yg luar tu simpan jgn buang!)
masukkan dlm blender
kisar bersama bwg besar dan belacan
masukkan dlm periuk yg sama

tambah air dlm periuk td..sampai sesuai dgn kepekatannya
masukkan asam keping
jgn lupa bukak api..huhuhuhu
masukkan belen bunga kantan td..belah 4 setiap satu (jgn lupa yg bhgn luar td..masuk sekali)
masukkan jugak daun kesum...(asingkan daun dari btgnya)
didihkan
perasakan dengan garam, dan ajinamoto (ni je satu2nya masakan yg aku guna aji)

bahan hiasan:

timun
daun salad
bwg
telo rebus, limau, cili

Sotong Pedas masam manis



Bahan-bahan ( satu keluarga )

6 ekor sotong sederhana-potong ikut suka
garam n serbuk kunyit
bahan tumbuk:-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
bahan2 lain:-
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar madu
gula n garam-jika perlu
1 biji bawang besar-hiris
1 biji cili merah-hiris

Cara-cara

sotong digaul garam n kunyit, goreng hingga masak, angkat n ketepikan.
panaskan semula minyak goreng sotong tadi, tumis bahan tumbuk n cili kering kisar hingga garing.
masukkan semua sos n madu, kacau rata.
masukkan sotong n bahan2 lain, kacau rata. angkat n hidangkan.

Pasta Goreng



Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

250 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 cawan isi kupang
1 cawan hirisan cendawan butang
10 - 15 ekor udang besar, dibersihkan
4 batang putik jagung, dihiris menyerong
2 batang sosej, dihiris nipis
BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
BAHAN2 SOS, DISATUKAN:-
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair

Cara-cara

Panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan. Tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak. Tambah sedikit minyak jika kurang.
Masukkan kesemua bahan di atas kecuali pasta. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra. Rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki.
Angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dgn cili jeruk jika suka.

Kerang masak Kicap

Bahan-bahan ( 3 orang )

• 500g isi kerang
• 2 biji limau nipis ambil jusnya
• 3 sudu besar minyak
• 2cm halia diketuk
• 3 helai daun limau nipis dihiris halus
• 1 helai daun pandan disimpul
• 3 sudu besar kicap manis
• 2 sudu besar kicap masin
• 8 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 2 biji lada merah dibuang biji
• 1 sudu kecil lada sulah

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada merah, dan lada putih sehingga hancur.
2. Lumurkan isi kerang dengan air limau nipis untuk elakkan bau hanyir. Perap selama 10 minit, tos dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar,halia, daun limau dan daun pandan hingga wangi.
4. Masukkan kerang dan gaul rata.
5. Tuangkan kicap manis dan kicap masin. Masakkan hingga kerang sebati. Angkat dan sajikan segera

Biskut Permata Cornflakes



Bahan-Bahan:
125 gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
175 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik
125 gm cornflakes
Ceri merah
Mangkuk kertas hitam

Cara:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
4. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata.
5. Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan.

Biskut Badam Coklat

Bahan-bahan
250g mentega
200g tepung gandum
125g gula icing
100g serbuk badam
100g coklat masak (dicairkan)
1 biji telur kuning
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung gandum, dan serbuk badam.
3. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
4. Celup biskut dalam coklat masak.

Biskut Badam




Bahan


250 gm mentega

300 gm gula kastor

2 biji telur

20 gm badam

33 gm tepung


Cara


1. Campurkan mentega dan gula. Biarkan seketika.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan.

3. Seterusnya, masukkan badam dan tepung.

spaghetti bolognese




sos nye:

bwng besar (banyak macam 5 biji )- blender dengan mminyak
Sos speghetti - jenama Kimball /prego / apa sahaja yang halal- 2 botol
sos cili- 3 - 4 sudu makan
sos tomato , 3-4 sudu makan ( jika suka masam)
mix herbs
black pepper croased
daging ayam /lembu cincang - 500 gm
stok ayam
garam gula

parmesan cheese

cara-cara-

tumis bawang sehingga garing, masukkan sos speghetti, sos cili , sos tomato, mix herbs , black pepper, garam, gula, stok ayam , kacau, masukkan daging , sehingga masak . Hidang dgn spghetti dan parmesan cheese ditabur atasnya.
sos memang akan pekat.

Cornflakes Biskut



Bahan-bahan

* 250gm butter (1 buku)
* 1/2 cawan gula
* 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
* 1/2 kotak cornflakes - cornflakes nye dihancurkan sikit
* Papercup dan ceri untuk hiasan

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan cornflakes.
3. Sudukan kedalam papercup, hias dengan ceri dan bakar lebih kurang 20min.


Selamat mencuba resipi biskot

Tauhu Sumbat




cara cara:
1. tauhu di goreng dulu.
2. Timun, sengkuang dan lobak dihiris kecil2 .
3. Tauhu yang digoreng tadi, perlu dibelah 2.Kemudian belah dalam tauhu dibelah bahagian tengah sedikit ruang untuk isi inti.
4. Timun/ sengkuang / lobak dicampur dan disumbatkan dalam tauhu yang dibelah tengah. dan, siap dihidang bersama sos cili thai.

Monday, April 25, 2011

Resepi Puding Roti

Puding Roti




Bahan-Bahan:
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara:
1.Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila.
2.Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Resepi Muffin Choc Chip

Resepi Muffin Choc Chip




Bahan-bahan
250g tepung gandum
2 tsp baking powder +1/2 tsp soda bikarbonat
2 tsp serbuk koko (mama guna 2 sudu besar, kasi gelap lagi)
175 gula kastor
150 coklat chip (mama taruk kt atas jer)
250ml susu segar
90ml minyak sayur
1bj telur
sedikit vanila

Cara-caranya;
1)Semua bahan-bahan kering diayak bersama
2)Kemudian, gaul rata bahan-bahan kering dengan barang basah
3)Letakkan dalam paper cup and bakar dalam 20minit dalam 180 celcius.(Bergantung oven masing-masing)


* kalo nak order muffin choc, sila hubungi saya :
0173579 284 Pn. Nurin

* minimum order 200 biji(siap bungkus plastik transperant bercorak bunga)
* Harga setiap sebiji RM 1.80